Recent Post

Friday, March 25, 2016

Rapat Umum: Wajarkah Robohkan Rumah Lama Kerana Janji Rumah Baharu? - Bernama


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Oleh Mohd Nasir Yusoff

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Setiap kali membaca mengenai penganjuran perhimpunan awam untuk menjatuhkan kerajaan mahupun pemimpin secara tidak demokratik termasuk yang dijadualkan Isnin ini, setiap kali itulah teringat pesanan ayah.

"Jangan dirobohkan rumah lama ini hanya kerana ada orang menjanjikan sebuah rumah baharu yang kononnya lebih baik dan besar sebagai ganti.

"Rumah yang dijanjikan itu mungkin hanya janji kosong dan kalau ada pun mungkin tidak lebih baik," pesan ayah. Walaupun ayah tidak pernah bersekolah tetapi kebijaksanaan analoginya terasa sangat relevan dalam perkembangan politik semasa.

"MUAFAKAT SELAMATKAN MALAYSIA"?

Terbaru, tersebar khabar mengenai rapat umum yang dianjurkan pakatan pembangkang pada Isnin ini di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah dengan tema "Muafakat Selamatkan Malaysia". Kononnya.

Laporan sebuah portal berita menyebut rapat umum itu, yang akan menyaksikan beberapa bekas pemimpi n negara berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan melakukan perubahan institusi.

Mereka yang terlibat berjanji bahawa keadaan Malaysia yang kononnya hendak diselamatkan akan menjadi lebih baik dengan pihak-pihak berkuasa akan menjadi lebih kukuh dan pengasingan kuasa dihormati tanpa campur tangan pihak yang lain.

Apakah tidak mungkin penguasa rumah baharu kelak akan lebih memperketat pintu dan jendela kebebasan rakyat dalam usaha untuk menggenggam sekuat-kuatnya kuasa yang mereka peroleh, agar mereka juga digugat dengan kaedah penyingkiran yang serupa?

Seperti terngiang-ngiang kembali di telinga analogi 'rumah baharu' dalam pesanan ayah itu.

Terlepas daripada analogi rumah baru itu, pergolakan politik semasa tidak mustahil menjadi punca tercetusnya suasana yang buruk dan menggugat kedamaian, kesejahteraan dan kerukunan hidup masyarakat majmuk kita.

IMPAK YANG MERUGIKAN

Untu k setiap aksi pasti ada reaksi, menurut hukum fizik. Jika terjadi seuatu tindakan di luar kawalan penganjur seperti rusuhan pada rapat umum Isnin ini akibat pertembungan pihak yang menyokong dan menentang, apakah kesudahannya?

Contoh kecil sudah terjadi sebelum ini apabila ada perhimpunan berbaju kuning, ada pula perhimpunan berbaju merah. Apabila naik papan iklan besar di Selangor agar bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, naik pula poster menjelaskan bahawa pemimpin itu bukan pesalah politik tetapi pesalah jenayah yang sudah dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat oleh makhkamah. Malah lebih parah, poster penjelasan itu siap memaparkan pengertian liwat, yang sangat memalukan jika dibaca oleh anak-anak.

Sebarang bentuk kacau bilau juga hanya akan membuka peluang yang luas bagi musuh-musuh negara mengambil kesempatan bertindak memburukkan keadaan, memporak- perandakan Malaysia yang sama-sama kita banggakan sebagai antara sebilangan negara Isla m yang aman damai. Apatah lagi kumpulan pelampau dikatakan turut mengancam negara.

Tidak mustahil juga akan terjejas pertumbuhan ekonomi yang kini dinikmati pada ketika Bank Negara baru sahaja mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 4-4.5 peratus pada 2016.

Bagi mereka khasnya para pemimpin pembangkang yang sudah stabil pendapatan, mereka mungkin tidak berapa kisah. Mereka tidak akan sesusah generasi baharu pencari kerja yang terpaksa ke sana ke mari mencari kerja.

Apatah lagi jika keyakinan pelabur terjejas akibat suasana negara tidak stabil, lagi terhadlah peluang pekerjaan baru. Generasi muda yang rugi.

TIDAK DEMOKRATIK

Perlu diingat juga hukum fizik iaitu untuk setiap aksi pasti ada reaksi. Jika terjadi seuatu tindakan di luar kawalan penganjur seperti rusuhan pada rapat umum Isnin ini akibat pertembungan pihak yang menyokong dan menentang, apakah kesudahannya? Sebarang bentuk kacau bilau hanya akan membuka peluang yang luas bagi musuh-musu h negara mengambil kesempatan bertindak memburukkan keadaan.

Sayang seribu kali sayang kerana rapat umum itu turut terkait bekas para pemimpin yang pernah menjadi sanjungan rakyat jelata kerana kejayaan membangunkan negara sehingga Malaysia mampu tampil seperti yang kita nikmati hari ini.

Seribu kali sayang juga kerana jalan yang tidak demokratik dipilih sedangkan demokrasi yang diamalkan Malaysia selama inilah yang membolehkan pembangkang wujud.

Mendesak untuk menjatuhkan kerajaan dan pemimpin, yang dipilih oleh rakyat melalui peti undi, bukanlah satu teladan yang baik bagi generasi muda. Kenapa tidak boleh ditunggu sahaja pilihan raya umum ke-14 akan datang? Jika benar rakyat mahukan perubahan biarlah mereka memilih secara demokratik. Hormatilah demokrasi.

Banyak pihak melihat penganjuran rapat umum bagi mendesak penyingkiran Perdana Menteri lama sebelum tarikh pilihan raya umum ke-14 akan datang sebagai usaha pembangkang membina dan mengumpul momentum kebe ncian rakyat terhadap kerajaan.

Momentum awal sudah bermula sebelum pilihan raya umum ke-13 dengan menuduh parti memerintah membawa masuk 40,000 rakyat sebuah negara asing untuk menjadi pengundi. Ini disusuli pula dengan menjadikan institusi kerajaan sebagai sasaran termasuklah Tabung Haji yang difitnah kononnya akan bankrap.

Tahu-tahu ada pihak mendedahkan bahawa seorang pemimpin pembangkang mempunyai simpanan sangat banyak di dalam akaun Tabung Haji yang tidak dikeluarkannya, turut menikmati bonus dan dividen yang banyak daripada tabungan itu. Pada ketika yang sama orang awam umat Islam disuruh mengeluarkan simpanan masing-masing. Kerana percayakan tohmahan bankrap itu, akhirnya banyak umat Islam yang kehilangan giliran untuk menunaikan haji. Ruginya kerana giliran ke Makkah itu hanya akan diperoleh semula dalam jangka puluhan tahun ke hadapan.

Mempelajari sains politik dan strategi menumpaskan musuh adalah bidang ilmu yang sangat menarik. Ada kata bijak pandai m enyebut bahawa manusia ialah haiwan politik. Dalam pengertian mudah, haiwan adalah makhluk yang tidak mempedulikan undang-undang dan akan berbuat apa sahaja untuk kelangsungan hidup.

Ini termasuklah dalam berpolitik di mana fitnah dan pembohongan seolah-olah halal sehinggakan mereka yang mengaku beragama Islam juga sudah tidak mempedulikannya. Sedangkan agama mengajar kita bahawa fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.

Kerajaan dipotretkan sebagai musuh bersama yang perlu dibenci, dijatuhkan. Untuk itu pembangkang yang sebelum ini juga sangat memusuhi bekas para pemimpin kerajaan, kini sanggup bermuka-muka dengan menjadi kononnya rakan seperjuangan untuk menumpaskan musuh bersama itu. Semoga bekas para pemimpin akan mendapat hidayah dan menyedari bahawa mereka sekadar kuda tunggangan bagi pembangkang merampas tampuk kuasa. Itulah antara doa ikhlas kawan-kawan penulis yang sejak dari dahulu menyokong perjuangan Umno dan Barisan Nasional.

TAAT KEPADA PEMERI NTAH

Deklarasi Rakyat? Kalau deklarasi itu benar-benar merakyat, kita perlu tahu berapa banyak rakyat yang betul-betul menyokong dan bersetuju dengan apa yang dideklarasikan itu. Adakah majoriti rakyat atau hanya segelintir orang yang berstatus warganegara juga adalah rakyat?

Khutbah Jumaat juga sudah berkali-kali mengingatkan umat Islam khususnya supaya sentiasa mentaati pemerintah, yang hukumnya wajib selagi pemerintah itu tidak menyuruh mereka melakukan maksiat dan dosa.

Apakah dengan menyertai sebarang rapat umum yang bertujuan menjatuhkan pemerintah di luar kaedah pilihan raya umum yang sudah menjadi kelaziman di negara kita, bererti tidak mentaati pemerintah yang ada? Jika kita taat kepada pemerintah tentulah kita mematuhi peraturan dan perundangan negara.

Teringat kembali kepada pesan ayah (semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT) bahawa kalau rumah lama kita ini rosak, sama-samalah kita perbaiki sedikit demi sedikit. Lama kelamaan akan jadilah ia rumah yang baik tanpa perlu kita robohkannya.

Kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

-- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *