Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersetuju dengan tweet yang di muat naik oleh penyanyi wanita Yuna mengenai penggunaan Bahasa Inggeris.
Raja Zarith Sofia berpendapat, mengapa Yuna memilih Bahasa Inggeris dalam setiap perkara kerana memudahkan orang lain memahami dengan lebih senang apa yang kita rasa dan idea kerana ia adalah bahasa dunia.
Dalam pada masa yang sama, Raja Zarith Sofia turut bertutur dalam loghat Perak menerusi laman facebook yang berbunyi…
Betoi tu, Yuna. Kite cakap oghang puteh bukan pase kita tak reti cakap Melayu ato tak nak cakap Melayu tapi pase kita nak oghang lain tau apa yang kita pikior. Ini kan dah zaman global...
Status tersebut telah mendapat lebih 1,800 share serta 18 ribu likes oleh followers. Rata-rata memberi komen dan reaksi yang positif mengenai perkara itu.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Ahad, 13 Mac 2016
No comments:
Post a Comment