Recent Post

Friday, March 18, 2016

Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata – Wan Nor Azlin


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon Wan Nor Azlin, 48, mengakui dirinya pernah lalai dan tidak tetap pendirian hingga mengambil mudah soal berhijab yang menjadi tuntutan agama.

Menurut Wan Nor Azlin dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai isunya yang mengambil keputusan bertudung semula. Sebaliknya hanya berharap beliau lebih istiqamah selepas ini.

"Tiada apa yang perlu diulas mengenai isu saya bertudung penuh semula. Ia adalah tuntutan agama dan menjadi tanggungjawab saya sebagai muslimah untuk menutup aurat.

Artikel menarik:- Respon Ina Naim Selepas Dikritik Netizen, Kembali Menyanyi SeTelah Berpurdah!

Menyedari akan kesilapannya dahulu pernah terpesong dari landasan yang benar, Wan Nor Azlin kini cuba sedaya upaya untuk berubah malah sering menghadiri kelas agama.

"Mungkin saya jahil pada suatu ketika dulu dan sekarang semakin banyak ilmu yang saya timba ketika menghadiri kelas agama di kawasan perumahan saya.

Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata - Wan Nor Azlin

Beliau dalam pada itu bersyukur kerana stesen televisyen kini juga lebih sensitif dan terbuka dengan pelakon berhijab sekaligus memudahkan beliau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.

"Saya kini tidak lagi memakai selendang kepala ketika berlakon, sebaliknya bertudung penuh. Alhamdulillah, stesen televisyen juga sekarang lebih sensitif dan terbuka dengan pelakon berhijab," katanya.

Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata - Wan Nor Azlin

Tegas Wan Nor Azlin lagi, beliau tidak mahu mengambil peduli akan tanggapan negatif masyarakat kerana dia sudah lali dengan situasi itu. Sebaliknya hanya ingin memberi tumpuan sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak.

"Biarlah mereka hendak cakap apa sekali pun, saya sudah lali dan tidak mahu ambil kisah kata-kata orang. Apa yang penting adalah antara diri sendiri dan Allah saja.

"Saya juga tidak terfikir untuk mencari teman hidup dan sebagainya ketika ini kerana tumpuan saya hanyalah untuk anak-anak. Saya mencari rezeki untuk membesarkan mereka," katanya.

Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata - Wan Nor Azlin

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Wan Azlin kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Assalamualaikum Cinta di bawah arahan Michael Ang dimana beliau memegang watak sebagai ibu kepada Ayda Jebat.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *