Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Mungkin anda pernah cuba menghilangkannya dengan menggunakan wax dan polish tetapi dalam masa yang singkat ia akan datang kembali.
Seorang pengguna Youtube, Chrisfix telah tampil dengan cara bagaimana untuk menghilangkan kesan calar itu buat selama-lamanya dari kereta anda. Memahami kesan calar ringan
Tapi sebelum kita pergi lebih mendalam kepada kaedah ini, mungkin agak membantu juga jika anda memahami bagaimana kesan calar ini berlaku.
Calar ringan ini berlaku apabila terdapat lohong yang mencalarkan bahagian cat 'clear' atau lapisan cat yang berada di bahagian paling luar badan kereta. Disebabkan calar itu, cahaya yang dipantul menjadi tidak sekata.
Namun, calar ini hanya kelihatan apabila kereta kering tapi nampak seperti hilang apabila kereta dalam keadaan basah. Ini kerana, ketika kereta basah, lubang calar itu dipenuhi oleh air, menyebabkan cahaya dipantul dengan sekata semula. Jadi bagaimana untuk menghilangkan kesan calar ini buat selama-lamanya? Jawapannya adalah dengan cara meratakan kembali ruang calar itu seperti gambar dibawah. Sebelum mengikuti langkah ini, anda perlu terlebih dahulu pastikan yang kesan calar itu adalah kesan calar ringan. Caranya mudah saja, jika anda menyembur air sabun kepada calar ini, ia tidak kelihatan; seperti gambar dibawah.Tetapi, sewaktu anda mengguna pakai langkah ini, kami nasihatkan supaya mengikuti video tutorial ini supaya anda lebih 'clear' dan mendapat hasil yang sempurna. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment