Recent Post

Thursday, March 03, 2016

Uqasha Senrose Akui Teruja Bakal Berlakon Dalam Teater Ombak Rindu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon popular Uqasha Senrose yang kini sedang hangat berlakon sebagai heroin dalam drama Tundukkan Playboy Itu kini baru sahaja terima durian runtuh.

Uqasah bakal memegang watak sebagai Izzah dalam teater Ombak Rindu di samping Keith Foo yang memegang watak sebagai Harriz. Teater yang diangkat daripada novel terkenal tulisan Fauziah Ashari itu akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 22 April depan.

Uqasha Senrose 2

Selain dirinya, turut membintangi naskhah terbitan CTRA Production itu ialah Zarina Zainoordin, Zaidi Omar, Izzue Islam, Aris Lufias, Ameer dan Karl Shafek.

Sebelum ini, menerusi versi filem yang ditayangkan pada penghujung 2011, watak utama perempuan dipegang oleh Maya Karin manakala karakter Hariz pula dijayakan Aaron Aziz.

Uqasha yang julung kali beraksi di pentas teater mengaku dirinya cukup teruja untuk menggalas tanggungjawab berkenaan. Pada masa sama, dirinya juga gementar dengan amanah yang diberikan kepadanya.

Uqasha Senrose 1

"Penerbitnya, Kak Roy (Siti Rohayah Attan) yang menawarkan saya peluang ini, beberapa hari lalu. Saya dimaklumkan bakal membawa dua karakter untuk pementasan teater ini."

"Saya memang terkejut dengan peluang ini kerana watak berkenaan bukan calang-calang. Ia pernah dilakonkan oleh Maya yang diakui sangat hebat bakatnya. Jujurnya, saya berfikir banyak kali untuk menerima tawaran ini."

"Begitupun selepas diyakinkan Kak Roy, saya menyahut cabaran berkenaan. Sudah tiba masanya juga saya mencabar kemampuan diri. Sebelum ini saya pernah beberapa kali mendapat tawaran dari Istana Budaya untuk berlakon teater, begitupun saya menolaknya kerana belum berani mengambil risiko. Insya-Allah saya akan cuba berikan yang terbaik untuk watak Izzah ini."

Uqasha Senrose 3

Uqasha yang masih lagi menjalani pengambaraan drama Tundukkan Playboy Itu akan selesai pada 23 Mac depan. Selepas berehat seketika Uqasha akan terus menjalani sesi latihan yang dijangka akan dilakukan pada 28 Mac nanti.

"Penggambaran Tundukkan Playboy Itu dijangka selesai pada 23 Mac ini. Kemudian, saya akan berehat seketika sebelum memulakan latihan untuk teater ini pada 28 Mac. Saya akan mencuba yang terbaik untuk merealisasikan watak Izzah dengan memberikan tumpuan penuh ketika latihan kerana saya sedar, saya langsung tiada asas dalam lakonan teater."

Uqasha Senrose 4

Apapun, semoga Uqasha dapat lakukan yang terbaik ketika pementasan nanti di Istana Budaya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Isu Gambar Seksi, Inilah Tindakan Uqasha Senrose Bikin Panas!!
  • Isu Gambar Percutian Uqasha Senrose, Inilah Komen 'Pedas' Iqram Dinzly Bidas Netizen!!
  • Uqasha Senrose Dan Iqram Dinzly Bermesra Dalam Penerbangan?



  • Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *