Recent Post

Sunday, April 10, 2016

Adenan mahu calon terus BN lepas jawatan dalam parti


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu calon-calon terus Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 melepaskan jawatan dalam parti politik masing-masing.

"Saya mencadangkan mereka melepaskan jawatan dalam parti," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan forum belia yang dihadiri oleh kira-kira 2,500 belia dari seluruh negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching hari ini.

Beliau mentakrifkan calon terus BN sebagai seorang yang dipilih untuk mewakili BN dan kemudian diberi keistimewaan untuk bertanding menggunakan lambang "Dacing" BN.

"Terserah kepada mereka untuk membuat keputusan kemudian selepas menang, untuk menyertai mana-mana parti komponen BN yang menjadi pilihan mereka.

"Tetapi mereka harus kekal pro-BN kerana lambang BN yang membantu mereka menang," kata beliau.

Adenan bagaimanapun tidak mahu memberi komen tentang apa yang akan berlaku jika calon yang menang membuat keputusan untuk tidak menyertai mana-mana parti kemudian.

Baru-baru ini sebuah parti yang mesra BN, Parti Rakyat Bersatu (UPP) menyatakan bahawa anggota dan pemimpinnya yang dipilih sebagai calon pilihan raya tidak akan melepaskan jawatan dalam parti.

Terdahulu semasa menjawab soalan pada forum, beliau berkata kerajaan negeri bukan sahaja melarang ahli politik tetapi juga bukan ahli politik luar melawat Sarawak jika mereka datang untuk "meracuni rakyat untuk membenci antara satu ama lain."

Beliau berkata Sarawak ialah negeri paling aman dan harmoni di Malaysia walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Saya tidak mahu ini diganggu. Sebab itulah kerajaan bukan sahaja melarang ahli politik tetapi juga fanatik agama dan ekstremis perkauman," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *