Recent Post

Wednesday, April 20, 2016

CEO Malaysia Airlines tamat perkhidmatan September ini - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CEO Malaysia Airlines tamat perkhidmatan September ini

19/04/2016 10:04pm

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Christoph Mueller bakal menamatkan perkhidmatannya dengan syarikat penerbangan itu berkuat kuasa pada September ini.

MAB dalam satu kenyataan hari ini berkata, Mueller yang telah memberi sumbangan besar dalam penstrukturan semula Malaysia Airlines, meminta menamatkan perkhidmatannya lebih awal sebelum tamat kontrak selama tiga tahun bersama syarikat itu.

Namun Mueller berhasrat untuk terus berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di syarikat penerbangan nasional itu.

Mueller menyertai Lembaga Pengarah Malaysia Airlines System Bhd sebagai Pengarah Bukan Eksekutif pada 1 Januari 2015 dan memangku CEO MAB pada 1 Mac, 2015.

Beliau menggantikan Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan dan CEO MAS pada 1 Mei, 2015. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *