Recent Post

Wednesday, April 20, 2016

El Nino: Sekolah di Jerantut, Kuala Krai ditutup 2 hari


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Semua sekolah di daerah Jerantut, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan ditutup selama dua hari mulai hari ini sehingga Khamis berikutan cuaca panas dan kering.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata pemantauan mendapati kedua-dua daerah itu telah mencatat suhu melebihi 37 darjah celsius pada satu-satu masa, setiap hari dan melebihi 72 jam.

"Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini," kata kenyataan itu.

Penutupan itu melibatkan 119 buah sekolah iaitu 30 sekolah menengah dan 89 sekolah rendah.

Ia turut melibatkan 41,665 murid iaitu 38,849 murid sekolah menengah dan rendah, serta 2,816 murid pra sekolah.

Menurut kenyataan itu, penutupan sekolah hanya melibatkan ketidakhadiran murid dan tidak perlu diganti.

Bagaimanapun, operasi pentadbiran sekolah hendaklah berjalan seperti biasa.

Kementerian turut meminta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Pahang, serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut dan PPD Kuala Krai mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan sekolah itu.

"Kerjasama para ibu bapa dan penjaga juga diminta untuk mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak di bawah jagaan masing-masing semasa tempoh penutupan sekolah ini," katanya.

Katanya, kementerian akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa mengenai sebarang perubahan berkaitan fenomena itu.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *