Recent Post

Saturday, April 09, 2016

JoHaRa Tinggalkan Konti Demi JUARA JoHaRa


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Jika tahun-tahun lalu, ERA fm sinonim dengan beberapa peraduan yang mengasah bakat pedengar melalui beberapa pertadingan. Sebagai contoh, Raja Spontan ERA, Bakat JoHaRa dan beberapa lagi pertandingan yang akan mengetengahkan bakat-bakat dikalangan pedengar.

Bermula 11 April depan, satu pertandingan luar biasa akan dilakukan oleh ERA fm. Pertandingan ini dilaksanakan di sekitar lokasi yang terpilih di Kuala Lumpur. Pengemudi rancangan pagi JoHaRa Pagi ERA (Johan, Haniff dan Ray) akan bersiaran secara langsung di lokasi terpilih untuk meneruskan misi pencarian 'Juara JoHaRa' selama 3 minggu.

JuaraJohara

ERA fm Seru Pendengar Cabar Diri & Menangi Hadiah Menarik! Pencarian 'Juara JoHaRa' ini merupakan sebuah pertandingan yang menguji kemahiran masyarakat Malaysia dengan beberapa cabaran lucu yang akan diberikan. Contoh cabaran-cabaran yang bakal dilakukan adalah seperti mencabar orang ramai untuk membungkus nasi lemak dengan memakai sarung tangan gusti, meniup lilin sambil memakai topeng muka dan macam-macam lagi cabaran lucu yang diadakan.

JuaraJoHaraPoster

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Dhan Andreas,

"Pertandingan Juara JoHaRa akan dilaksanakan selama tiga minggu bermula 11 April ini. Objektif kami adalah untuk mencungkil bakat yang ada dikalangan pedengar sambil beramah mesra bersama mereka. Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi kami untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Setiap minggu, JoHaRa akan bersiaran luar pada hari-hari yang terpilih untuk berjumpa para penyokong ERA fm dan pastinya meneruskan misi pencarian 'Juara JoHaRa'.

"Pihak kami telah pun menyusun jadual trio JoHaRa sepanjang minggu hadapan dan lokasi pertama Juara JoHaRa pada Isnin hadapan (11 April) di NZ Curry House, Wansag Maju pada jam 7 pagi hingga 8 pagi. Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke lokasi tersebut untuk menguji kemahiran mereka melaksanakan cabaran-cabaran lucu itu nanti."

Bagi pemenang yang telah bergelar juara pada hari tersebut, mereka akan membawa pulang baucer tunai bernilai RM 1000. Seterusnya, bagi peserta yang kurang bertuah, akan membawa pulang hadiah- hadiah menarik. Baucer membeli-belah RM 1000 ini akan terus diberikan kepada setiap juara mengikut lokasi pilihan Juara JoHaRa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Juara JoHaRa, sila layarai laman web ERA fm, www.era.fm atau ikuti perkembangan pertandingan ini di laman sosial ERA fm (Twitter, Facebook dan Instagram) dan dengarkan frekuensi mengikut lokasi anda. Temui Johan, Haniff dan Ray pada 11 April (Isnin) bertempat di NZ Curry House, Wangsa Maju bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

SAM_4052

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *