Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Bagi peminat kepada pasangan romantik, Nora Danish dan Nedim Nazri pastinya teruja untuk melihat mereka naik pelamin secepat yang mungkin. Terkini Nora memberitahu bahawa mereka mungkin akan berkahwin pada hujung tahun ini selepas tiga tahun menyulam cinta.
"Nampak gayanya tahun ini juga kami akan berkahwin. Bagaimanapun sejujurnya saya tidak mahu terburu-buru kerana ia juga perkahwinan kedua saya. Saya tidak mahu berkahwin atas dasar cinta semata-mata, tetapi biarlah kerana Allah"
"Walaupun perbincangan ke arah itu pernah dilakukan, namun kami masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk detik bersejarah terbabit. Selain itu, saya juga mengimpikan perkahwinan yang sederhana, apa yang penting kami sebagai pasangan sah bergelar suami isteri," katanya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan bapa Nedim, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tempoh hari, Nora berkata, mereka pernah bertemu beberapa kali namun beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu demi menghormati status bapa Nedim sebagai menteri.
Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berhubung hubungan cinta diantara anak lelakinya dengan Nora Danish. Dalam kenyataan tersebut, beliau seolah-olah memberikan lampu hijau atau restu sekiranya mereka ingin berkahwin
Berita berkaitan:Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia
Gomez tertarik dengan Pitt!
Demi ibu, Pak Nil tinggalkan MSM2
Shafimie Bakal Pengganti Shaheizy Sam?
Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?
Komencomments
No comments:
Post a Comment