Recent Post

Monday, April 04, 2016

PM rasmi kompleks Kolej PERMATA Insan USIM esok - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

BANDAR BARU NILAI: Kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, yang beroperasi sejak tahun lalu, akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.

Dibina di kawasan seluas 4.8 hektar dalam kampus USIM, kompleks berharga RM68 juta itu terletak di kawasan strategik bersebelahan tasik utama universiti.

Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Strategik USIM, Mohd Zaini Othman, berkata antara kemudahan yang ada termasuk asrama, blok akademik, blok informasi digital, dewan makan, dewan serba guna dan bangunan mercu tanda iaitu Pusat Islam yang dinamakan Pusat Al-Abrar.

Katanya, Kolej PERMATA Insan yang berstatus Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan (IPBK) di bawah Kementerian Pendidikan menerima kumpulan pertama pelajar pintar terpilih dari seluruh negara pada Januari tahun lalu.

"Bermatlamat untuk melahirkan cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang, kurikulum digunakan di sini adalah unik, iaitu berkonsepkan integrasi ilmu naqli dan aqli.

"Proses pengajaran dan pembelajaran pula menggunakan pendekatan pembelajaran abad ke-21 iaitu penggunaan peranti iPad, Apple TV dan teknologi terkini," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Zaini berkata, PERMATA Insan yang diamanahkan kepada USIM untuk dilaksanakan adalah kesinambungan dan perluasan daripada Program PERMATA lain seperti PERMATA Negara, PERMATA Pintar dan PERMATA Seni, yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, kehadiran Perdana Menteri esok juga adalah berita gembira dan bersejarah kepada warga universiti kerana ini kunjungan rasmi pertama beliau ke USIM.

Selain itu, katanya, Perdana Menteri adalah antara arkitek dan penggerak utama penubuhan USIM sebagai universiti Islam pertama yang ditubuhkan kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *