Recent Post

Sunday, April 03, 2016

PM umum penubuhan bandar keusahawanan pertama di Malaysia - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PM umum penubuhan bandar keusahawanan pertama di Malaysia

03/04/2016 11:30am

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan sebuah bandar usahawan yang pertama di Malaysia iaitu Bandar Keusahawanan Lautan Biru yang terletak di Borneo744, Bintawa, Sarawak.

Menurutnya, Borneo744 akan menjadi titik permulaan kepada penubuhan lebih banyak bandar keusahawanan di pelbagai lokasi di seluruh negara kelak.

"Aspirasi yang diletakkan ke atas Borneo744 ialah untuk menjadi sebuah hab kreativiti dan inovasi di mana penggiat daripada pelbagai bidang dan kerjaya dapat berkolaborasi, bereksperimen dan mengkomersilkan produk-produk mereka iaitu daripada seni dan kraf kepada fesyen dan reka bentuk.

"Apabila siap nanti, Borneo744 akan terdiri daripada sebuah perkampungan kraf, hab kolaborasi dan ruang kerja gunasama, studio-studio, teater-teater, ruang-ruang niaga makanan dan minuman, taman-taman pertanian dan ruang pameran," katanya ketika melancarkan Program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini sebentar tadi. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *