Recent Post

Monday, April 25, 2016

Saya bukan mahu curi balak Sarawak, kata TKM Pulau Pinang - Malaysiakini (caruman) (subscription)


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy adalah pemimpin terbaru yang dihalang daripada ke Sarawak.

Beliau yang juga adalah timbalan setiausaha agung DAP, kini menunggu untuk dihantar pulang dari lapangan terbang antarabangsa Kuching.

Ramasamy memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tiba di Kuching pada kira-kira jam 11:15 pagi dan apabila mengemukakan MyKad kepada anggota Jabatan Imigresen, mereka mengesahkan bahawa beliau dikenakan sekatan perjalanan.

"Saya kemudiannya dibawa ke sebuah bilik, di mana seorang pegawai imigresen dengan sopan memberitahu bahawa saya dilarang masuk dan mereka hanya mengikut arahan.

"Saya tanya apa sebab (untuk larangan itu). Apa yang saya faham, Sarawak masih sebahagian daripada Malaysia dan saya pernah berada di sini sebelum ini.

"Saya bukan datang untuk mengambil balak atau merampas sumber-sumber negeri," katanya.

Pemimpin DAP itu juga membidas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang pernah disanjunginya.

"Saya pernah menghormati ketua menteri baru, dia sentiasa lakukan perkara yang betul. Tetapi saya rasa dia terhutang budi kepada Umno.

"Tak ada bezanya dia daripada yang dulu (Tun Abdul Taib Mahmud)," katanya, dengan mendakwa bahawa Adenan juga tunduk kepada sistem yang lama juga.

Hari ini adalah penamaan calon bagi 82 kerusi yang akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-11 Sarawak. Pengundian ditetapkan pada 7 Mei ini.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *