Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Seperti contoh, telefon Zanco Fly, yang dinamakan sebagai telefon terkecil di dunia yang dipercayai mensasarkan golongan banduan di dalam penjara.
Dengan panjang 71.8 mm dan lebar 23.5 mm, telefon kecil berharga $40 (RM156) itu cukup kecil untuk diseludup masuk ke dalam penjara. Dan antara cara popular untuk menyeludup dan menyorok telefon itu adalah dengan meletakkannya di dalam punggung.
Telefon ini tidak boleh dibeli dari kedai-kedai elektronik tapi ia dijual secara meluas secara online di Amazon dan eBay.
Ia dipercayai disasarkan untuk banduan dan mendakwa ianya diperbuat 100% dari plastik dengan tagline 'beat the Boss', yang bermakna ia tidak boleh dikesan oleh sistem pengesan B.O.S.S.
Seorang 'pembeli' menulis : "Sangat kecil dan senang/kurang sakit untuk disembunyikan".
Odditycentral melaporkan, salah seorang reseller telefon tersebut berkata telefon Zonco Fly popular kerana peranti itu mudah dimasukkan di dalam penjara.Laporan itu juga menyebut, difahamkan syarikat yang membuat telefon tersebut memperoleh keuntungan sebanyak $100 juta setahun.
Sumber : http://www.odditycentral.com/
No comments:
Post a Comment