Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Keputusan ini dimaklum menerusi kenyataan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,Datuk Seri Ashraf Abdullah Ahad.
"Setelah mengambil kira nasihat daripada YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dato' Azam Baki, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah memutuskan untuk menunda debat diantara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini.
"TV3 menghormati pendapat Tan Sri Khalid dan Dato' Azam bahawa debat ini mungkin akan menganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan Banglo milik YAB Lim di Pulau Pinang.
"Debat itu ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak,"kata Ashraf. – 16/4/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment