Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah suci itu selepas menerima penerangan jelas mengenai persoalan mengenai Islam daripada Dr Zakir.
Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi itu, yang sebelum ini menganut agama Hindu berkata, tindakannya itu dilakukan secara rela hati tanpa paksaan sebarang pihak."Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu. Selepas menunggu lama akhirnya saya menerima hidayah untuk memeluk Islam malam ini," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Sejurus mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir. Di Twitter, orang ramai mula mengucapkan syukur dengan berita gembira itu. Menerusi tweet video yang dimuat naik, kedengaran pelajar terbabit mengikuti Dr. Zakir Naik mengucap dua kalimah syahadah. — sepukema (@s4iful_iqmal) April 17, 2016 — F (@Fitri_Cinonet) April 17, 2016 Lebih 20,000 hadir untuk mendengar syarahan disampaikan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik, di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM).Penceramah itu tiba di Dewan Besar UTeM bersama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada jam 8.15 malam tadi, disambut hadirin terdiri daripada pelbagai kaum.
Dr. Zakir menyampaikan syarahannya bertajuk Islam-Masalah dan Penyelesaian Untuk Kemanusiaan - Siakapkeli.my
— Khairul Nazmi (@Capital_K___N) April 17, 2016 Seorang saudara baru. Selamat datang #DZN #utem — sy8 (@SyedMuhdAyyub) April 17, 2016 Alhamdulillah Dr Zakir Naik berjaya menarik sorang memeluk islam di UTeM ☺️ — Hisyam Jalaluddin (@NasrulHisyxm) April 17, 2016 Alhamdulillah......bertambah seorg saudara Islam kat Utem ni.....subhanallah.... — are-tyn272 (@fatin_272) April 17, 2016
No comments:
Post a Comment