Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
03/05/2016 1:00pm
Oleh JUNHAIRI ALYASA
PUTRAJAYA - Seramai 15 orang dalang dan ketua sindiket terancang tonto telah berjaya ditangkap menerusi Ops Cantas Khas Tonto yang dijalankan sejak April lalu.
Kejayaan tersebut merupakan hasil perancangan dan risikan selama tiga bulan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Pasukan Tindakan Khas Jabatan Pengangkutan Jalan dan Unit Kongsi Gelap Polis Diraja Malaysia.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak berkuasa turut menyita sebanyak 13 buah kenderaan tonto pada operasi tersebut.
"Kesemua mereka yang ditahan akan diambil tindakan dan didakwa dibawah Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA)," katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Cantas di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment