Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Masuk hari ni, rupa-rupanya dah tiga bulan nampaknya Budiey memakai kaca mata baru dengan lensa kanta Transitions® Signature™ yang sekarang ini semakin menjadi pilihan ramai. Fuh, ramai yang bertanyakan perubahannya. Ya, perubahan dan impaknya sangat ketara ya!
Rasanya, ada yang dah pun membaca entri blog tentang review produk ini di budiey.com. Jika belum baca, apa kata korang klik SINI.
Mengimbas kembali, sebagai info tentang kanta Transitions® Signature™ ianya adalah revolusi baru dibangunkan daripada teknologi Chromea7 ™ terkini Transitions® Optical dan diuji dengan kaedah pengukuran eksklusif, Life360™.
Tonton Video Ada Sebab Anda Patut Guna Kanta Transitions® Signature™: https://youtu.be/9ZEcKFaQw8M
Dalam kata lain, warna kanta akan berubah dari jelas menjadi lebih gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari. Lebih banyak atau lebih terang cahaya UV masuk, lebih gelaplah warna akan bertukar.Sebaliknya, bila dah takde cahaya UV, warna akan kembali seperti asal dan menjadi clear… ya clear… jelas-sejelasnya.
Sekarang ini, Budiey nak ceritakan tentang impak dan perubahan… nak bacalah kat bawah satu-persatu…
Tiga Perkara Ini Yang Akan Berlaku Selepas Menggunakan Kanta Transitions® Signature™
1. Pandangan Lebih Jelas & Selesa Apa yang boleh Budiey katakan, selepas tiga bulan menggunakan kanta Transitions® Signature™ ini, satu pengalaman yang cukup berbeza dengan apa yang Budiey pernah guna sebelum ini.Ramai kawan-kawan bertanyakan tentang kanta Transitions® Signature™. Apa yang boleh Budiey katakan kepada mereka adalah, mereka kena cuba sebab kalau tak cuba, mereka tak tahu bagaimana selesa dan jelasnya menggunakan Transitions® Signature™. Satu perbezaan ketara telah Budiey alami. Penglihatan lebih jelas, lebih hidup, lebih terang. Pendek kata, ianya sangat selesa.
2. Mata Tidak Penat Budiey masih ingat, semasa menghadiri satu event beberapa hari lalu, Badan Budiey penat sangat. Mata juga rasa penat sebab semalam tak dapat tidur, terpaksa menghabiskan kerja lewat malam. Namun, dengan menggunakan kanta ini, masalah keletihan mata dan rasa stress semasa membaca dapat diatasi. Ini adalah kerana apabila memakai kanta Transitions® Signature™, pandangan visual sangat rasa 'nyaman' dan terang lagi jelas.Seperti yang Budiey katakan sebelum ini, apabila terlalu lama sangat mengadap kerja di komputer ni, memang akan memudaratkan kesihatan mata. Kesan yang positif ini membuatkan Budiey tak perlu lagi untuk berehat banyak kali semasa bekerja dan mengadap komputer.
Sedikit sebanyak, kesan ini membantu Budiey buat kerja dengan cepat dan semua siap tanpa gangguan pada mata. Kalau korang perasan la kan, Budiey memang mengalami keletihan pada mata. Jadi, dengan adanya cermin mata seperti ini Budiey rasa ia banyak mengubah gaya hidup Budiey yang sentiasa berdepan dengan masalah penglihatan.
Kalau di sosial media korang boleh tengok pada hashtag ni: #LifeInTheBestLight Ramai yang bagi feedback yang sangat positif. Patutlah kanta ni dah ramai orang guna ya sekarang ini sehingga menjadi trending di sosial media.
3. Tindak Balas Pertukaran Warna Sangat Cepat Untuk pengetahun pembaca, sebenarnya ada dua jenis kanta Transitions® Signature™ iaitu Transitions Signature dan Transition XTRActive®. Jadi, mana satu pilihan hati? Okay, secara kasarnya, lens Transitions Signature™ ni lebih jelas untuk aktiviti luar dan dia punya tinted pula sangat ketara ya sebab sangat optimum. Manakala Transition XTRActive® ini pula lebih kepada perlindungan dan kesihatan mata. Nak tahu lebih tentang bezanya? Biasanya, sebagai blogger Budiey akan berpanas di bawah terik matahahari, almaklum sahaja ada event seperti karnival dan festival memerlukan Budiey berada di bawah cahaya terik matahari. Jadi, nak tak nak Budiey terpaksa memakai kaca mata hitam.Namun, selepas memakai kanta ini, Budiey dah tak perlu lagi memakai cahaya mata hitam. Tak payah nak fikir kalau kita lupa bawa atau pun nak buat check list. Cukup bawa satu kaca mata dah cukup. Itu yang pentingnya apabila Chromea Technology di mana hanya Transitions Signature Adaptive Lenses yang ada Chromea7 technology menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.
Nak tahu bagaimana teknologi ini dapat membantu kita semua, apa kata layari: http://www.transitions.com/en-my/why-transitions/the-technology/chromea7-technology/
Lepas pakai kanta dari Transitions® Signature™ kami rasa cukup bergaya lah sebab korang kan sedia maklum kanta ini sangat sesuai dengan apa jua gaya dan citarasa korang dan yang paling penting, memang serasi dengan mana-mana rabun.. maksudnya.. rabun jauh ke rabun dekat je, semua boleh pakai.
Pandangan yang jelas dan sharp adalah satu perkara yang sangat penting untuk seorang blogger tegar seperti Budiey. Kawan-kawan rapat Budiey akan memberi respon bahawa apabila mata saya bermasalah, Budiey akan jadi murung tak tentu pasal dan mudah moody. Semasa pengambaran video pendek hari tu, Budiey rasa ketara sangat kesan dan impak dari memakai kanta ini di mana pandangan jadi jelas dan serasi dengan cuaca mendung ketika itu.Budiey sebenarnya tak suka apabila Budiey tidak dapat melihat dengan jelas, dan ia akan menjejaskan produktiviti sebenarnya. Dengan mengunakan kanta ini, bukan sahaja memberikan saya visi yang jelas dalam rumah, ia juga memberikan saya penglihatan yang baik dan jelas di luar rumah. Tahap kecepatan dia bertukar juga sangat mengkagumkan ya.
Kanta ini bagus untuk Budiey yang sentiasa bergerak dari dalam rumah untuk di luar rumah dan kembali ke dalam rumah banyak kali dalam sehari. Hanya kerana ia cepat boleh bertukar di luar rumah gelap, ia juga pudar kembali ke kejelasan cepat apabila saya kembali di dalam bangunan. Memang satu rekaan yang brilliant!Jadi jangan teragak-agak lagi la korang kalau nak cuba guna kanta ni. Try usha: http://www.transitions.com/en-my/where-to-buy/
Dan jangan lupa untuk follow Facebook Transitions Malaysia:
https://www.facebook.com/transitions.malaysia atau layari: http://www.transitions.com
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment