Recent Post

Monday, May 23, 2016

Ada 39 Resepi Menu Eat Clean Dari Selebriti Popular


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bagi terus menyajikan variasi menarik kepada penonton, Astro Bella dengan berbesar hati membawakan sebuah program masakan terbaharu bertajuk "Eat Clean With Anis" yang bakal menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 7.00 malam bermula 22 Mei ini menerusi saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134). "Eat Clean With Anis" merupakan rancangan masakan tempatan pertama di Malaysia yang menampilkan konsep pemakanan sihat secara keseluruhannya.

P[/ dropcap]rogram yang bakal bersiaran selama 13 episod ini akan dihoskan oleh chef selebriti, Anis Nabilah Umaruddin. "Eat Clean With Anis" merupakan sebuah program masakan sihat yang berkonsepkan santai dan interaktif menerusi penyediaan hidangan yang pantas, sihat, berkhasiat dan bernutrisi tinggi. Lebih istimewa, Chef Anis akan memperkenalkan resipi-resipi baharu mengikut tema yang ditetapkan setiap minggu bagi membantu masyarakat menjalani hidup sihat.

Program ini juga akan menyaksikan kehadiran artis undangan popular tanah air dalam mempelajari dan menyediakan hampir 39 resepi baru kepada penonton sepanjang program tersebut bersiaran. Antara selebriti popular yang akan menyerikan program tersebut ialah Amy Search, Diana Danielle, Miera Leyana, Afiq Muiz, Faizal Hussein, Amar Baharin, Soo Wincci, Nik Michael, Sharifah Sakinah, Yasmin Hani, Adeline Tsen, Atilia dan Nana Mahazan.

Pelajari 39 resipi baharu bersama Anis Nabilah & barisan selebriti popular bermula 22 Mei ini!

Lebih istimewa lagi, setiap selebriti ini akan ditampilkan di dalam episod mengikut tema yang sesuai dengan diri mereka. Seperti contohnya, Diana Danielle yang akan berkongsi tips dan pandangan kesihatan dari perspektif fasa selepas melahirkan kandungan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim, "Sebagai salah satu medium yang berperanan menyebarkan informasi kepada masyarakat, Astro Bella yang merupakan saluran khusus memenuhi citarasa penonton wanita telah mengambil inisiatif untuk membawakan sebuah program masakan sihat terbaharu bertajuk Eat Clean With Anis dalam menyediakan hidangan yang pantas, sihat, berkhasiat dan bernutrisi tinggi tanpa menggunakan bajet besar untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian".

Tambahan pula, beberapa tahun kebelakangan ini kita melihat rakyat Malaysia mula beralih ke arah gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman dan pelbagai regim kecergasan lain untuk kekal aktif dan bertenaga. Justeru, melihatkan perkembangan positif ini, Astro Bella hadir dengan satu lagi program yang diyakini mampu menepati tuntutan gaya hidup sihat masyarakat Malaysia masa kini menerusi Eat Clean With Chef Anis.

Tidak dinafikan kita mempunyai banyak rancangan masakan yang lain namun, Eat Clean With Anis merupakan rancangan masakan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan konsep pemakanan sihat di dalam setiap menu yang dihasilkan; baik pembuka selera, hidangan utama sehinggalah pemanis mulut.

Menurut Natasha lagi, masyarakat selalu dimomokkan dengan stigma negatif bahawa penyediaan makanan sihat itu tidak mudah, memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama. Eat Clean With Anis bakal membuktikan yang segala mitos ini hanyalah omongan kosong semata-mata kerana sesungguhnya, penyediaan makanan sihat tidaklah sesukar yang disangka.

"Astro Bella mahu memberi kesedaran kepada mereka di luar sana bahawa dengan pendekatan yang betul, kita mampu menghasilkan menu sihat semudah ABC. Oleh sebab itu, kami berasa sangat teruja untuk berkongsi segala resipi yang dipaparkan dalam rancangan ini. Bukan itu sahaja, resipi yang dihasilkan menggunakan bahan asas semulajadi yang tidak diproses di mana penggunaan bahan asas yang segar dapat menghasilkan makanan yang menyelerakan dan menyihatkan", ujar Natasha lagi.

Natasha menambah, "Menampilkan tema yang berlainan pada setiap minggu, kami cuba memaparkan cara penyediaan menu yang ringkas agar resipi mudah ini dapat dicuba sendiri oleh mereka yang sibuk dengan kerjaya di luar sana. Tentu ramai yang tidak menyangka, kita hanya memerlukan sedikit masa sahaja untuk menghasilkan menu yang mampu membekalkan kita jumlah tenaga yang cukup dalam menjalani kehidupan seharian".

Mengulas dengan lebih lanjut lagi mengenai pemilihan Anis selaku pengemudi utama program ini, Natasha menjelaskan, "Kami mahukan seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan, terutamanya program masakan, dan pada masa yang sama mempunyai personaliti menarik dan Chef Anis merupakan calon yang sesuai kerana sikapnya yang ramah, mesra, mudah didekati dan bertenaga mampu memberikan aura positif buat penonton di rumah. Saya percaya, Chef Anis mampu membawa penonton untuk mempelajari menu baharu yang diperkenalkannya dalam program ini. Kami berharap penonton akan menyukai konsep program yang kami bawakan ini selain dapat menyuntik semangat untuk melakukan hidangan yang sihat dan berkhasiat".

Jangan lepaskan peluang untuk menonton musim terbaru program masakan sihat berjudul "Eat Clean With Anis" yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Ahad, jam 7.00 malam bermula 22 Mei 2016 menerusi Astro Bella (Saluran 133) dan Mustika HD (134). Selamat menonton!

Buat mereka yang terlepas menyaksikan rancangan menarik ini, anda boleh mendapatkan segala resipi yang telah dipaparkan di aplikasi SUUDU, menerusi e-Book, Eat Clean With Anis, yang bertindak selaku one stop centre kepada dimensi makanan sihat masa kini.

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *