Recent Post

Monday, May 23, 2016

Cuepacs terima aduan kekurangan kakitangan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata pihaknya menerima pelbagai aduan daripada agensi-agensi kerajaan mengenai kekurangan kakitangan disebabkan persaraan awal dan wajib, kematian serta peletakan jawatan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata kekosongan jawatan berikutan faktor di atas wajar diisi dengan segera bagi memastikan kelancaran sistem penyampaian kerajaan.

Katanya sebagai contoh, Cuepacs menerima aduan daripada Malaysian Nurses Union yang mendakwa ahlinya terpaksa membuat dua hingga tiga kerja berikutan kekurangan kakitangan.

"Jadi apa yang Cuepacs ingin sampaikan kepada kerajaan adalah supaya serius melaksanakan pelan penggantian ataupun pengambilan penjawatan bagi menggantikan mereka yang telah bersara atau telah berhenti kerja ini seperti mana disebut oleh Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) setiap tahun sejumlah 21,000 hingga 25,000 kekosongan dalam perkhidmatan awam akan diisi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Cuepacs Negeri Sarawak di Kuching semalam.

"Apa yang menimbulkan kebimbangan kami sistem penyampaian ini tidak akan berada pada tahap 100 peratus untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Justeru itu kami minta supaya kerajaan melaksanakan segera pengisian kekosongan jawatan dan ini juga akan memberi peluang kepada pelajar lepasan universiti dan sijil seluruh negara untuk memohon jawatan kosong ini," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *