Recent Post

Monday, May 23, 2016

ESSCOM patahkan 15 cubaan culik - Shahidan - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

DATUK Seri Dr Shahidan Kassim. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mematahkan 15 cubaan culik di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejak 2014 hingga Mei tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat, ia termasuk cubaan enam penculikan yang dipatahkan sejak Januari hingga Mei tahun ini.

"Langkah pengukuhan dengan memperketatkan kawalan ke atas pusat peranginan, sangkar ikan dan laluan berisiko, berjaya mengesan lebih awal tindakan kumpulan pengganas dari selatan Filipina ini yang melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu mengenai peruntukan tahunan Esscom dan jumlah tangkapan pengganas sejak ia ditubuhkan.

Lim juga mahu tahu status terkini empat mangsa yang diculik di perairan Ligitan awal April lalu.

Shahidan berkata kerajaan sedang melakukan pelbagai usaha termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi menyelamatkan empat rakyat Malaysia itu yang diculik lapan lelaki bersenjata.

Beliau berkata ketika ini pendekatan rundingan digunakan agar kumpulan pengganas itu melepaskan tawanan tanpa melibatkan kehilangan nyawa.

"Pada masa sekarang ini status empat rakyat kita yang diculik berada dalam keadaan selamat.

"Seperti kes sebelum ini, kita juga gunakan pendekatan rundingan dan kerjasama dengan kerajaan Filipina, kita yakin mangsa akan dilepaskan dan kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata sejak ditubuhkan pada 2013 hingga tahun ini, sejumlah RM146.9 juta telah diperuntukan untuk belanja mengurus dan membangunkan Esscom.

Dalam tempoh itu juga, sejumlah empat individu yang berkaitan dengan pengganas Sulu ditembak mati, manakala 67 lagi ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *