Recent Post

Monday, May 02, 2016

Adenan minta pengundi bumiputera sokong BN di Piasau, Senadin, Pujut


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meminta pengundi Bumiputera supaya bersatu menyokong calon-calon Barisan Nasional di Piasau, Senadin dan Pujut dalam pilihan raya negeri 7 Mei.

"Saya sudah buat pengiraan. Kalau semua Bumiputera menyokong BN, kita akan menang di Piasau, kita akan menang di Pujut dan Senadin. Ini pengiraan saya.

"Walaupun kamu bukan majoriti, kecuali di Senadin, kamu boleh melakukan perubahan... saya minta bumiputera yang mengundi jangan dipecahkan undi itu," katanya pada sesi perjumpaan dengan 200 orang dari Piasau di Miri semalam.

Yang turut hadir ialah calon BN Datuk Sebastian Ting bagi kerusi Piasau dan Datuk Lee Kim Shin untuk Senadin.

Adenan berkata penduduk Sarawak amat bernasib baik kerana mereka tidak dipisahkan oleh bangsa, agama dan tradisi.

"Kita telah hidup dalam keadaan aman dan harmoni dan kita patut pelihara suasana ini," katanya.

Beliau mengingatkan semua sekali lagi supaya berhenti melabel kaum Cina sebagai 'pendatang'sambil berkata mereka ini merupakan generasi keempat dan kelima yang lahir di Sarawak.

"Kamu adalah warganegara Malaysia dan 'anak Sarawak'," katanya kepada kaum Cina yang hadir.

Adenan berkata kaum Cina harus memilih antara mengundi DAP atau mempunyai menteri Cina dalam Kabinet negeri.

"Jika kamu mahu mengundi DAP, teruskan, tapi jangan merungut kepada saya kemudian. Jika kamu mengundi kami, kamu dialu-alukan menyertai kerajaan," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *