Recent Post

Wednesday, May 25, 2016

Amy Akui Terluka Dengan Komen Awie Yang Anggap Search Abaikan Yazit


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Konflik antara kumpulan Search dan pemain dram mereka, Yazit bukan sahaja menarik perhatian peminat tetapi penyanyi yang sealiran dengan mereka iaitu Awie Wings.

Dalam satu kenyataan di sebuah portal, Awie berkata tiada gunanya untuk Amy mewujudkan sekolah tahfiz tetapi tidak membantu Yazit yang merupakan rakan beliau selama berpuluh tahun sedangkan ia juga adalah "saham akhirat" buat Amy.

Berikut adalah kenyataan penuh Awie :-

Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja. Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini.

Awie juga berpendapat, ahli kumpulan Search harus mengetepikan ego masing-masing.

Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego.

Susulan kenyataan Awie itu, Amy yang dihubungi oleh media berkata, beliau benar-benar terluka dengan kata-kata Awie lebih-lebih lagi ia melibatkan isu ibadah beliau.

Namun, Amy tidak meletakkan seratus peratus kesalahan kepada Awie kerana yakin vokalis kumpulan Wings itu tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak. Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja.

Mungkin juga Awie sekadar ingin memberikan nasihat dan tidak mahu melihat kumpulan yang sama-sama popular dengan Wings berpecah dek kerana isu wang ringgit dan rasa tidak puas hati. Hmmph..

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *