Recent Post

Thursday, May 12, 2016

Dua rakan sekampung cuba rasuah anggota polis dipenjara tiga hari - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dua rakan sekampung cuba rasuah anggota polis dipenjara tiga hari

12/05/2016 11:23am

Dua rakan sekampung didakwa cuba beri suapan RM500 kepada anggota polis. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Dua rakan sekampung masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga hari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mereka mengaku bersalah cuba merasuah seorang anggota polis yang mahu menahan mereka pada dua tahun lalu.

Hakim Asmadi Hussin juga mengenakan denda RM10,000 terhadap Mohd. Fadlil Hasan, 24, dan Faizal Mohamad Fauzi yang menetap di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut.

Kedua-dua tertuduh gagal membayar denda tersebut sekali gus perlu menjalani hukuman tambahan iaitu penjara selama sebulan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama cuba memberi suapan wang tunai RM500 kepada Inspektor Azizan Aziz sebagai dorongan tidak menahan mereka atas kesalahan disyaki memiliki dadah di Kampung Limbungan, Besut pada pukul 12.30 tengah hari, 9 Mac 2014.

Mohd. Fadlil dan Faizal didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *