Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
22/05/2016 11:59am
Oleh AFANDI CHE MUHAMAD
BALIK PULAU - Program FIT Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang atau dikenali sebagai #FitPenang yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Seri Balik Pulau di sini pagi tadi meriah dengan kehadiran lebih 12,000 peserta.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan jumlah tersebut ternyata inisiatif penganjuran siri jelajah itu mendapat sambutan yang cukup memuaskan dalam kalangan rakyat di negeri ini.
"Justeru, tidak menghairankan jika ramai atlet yang berjaya dilahirkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di masa akan datang adalah atlet kelahiran Pulau Pinang seperti Datuk Lee Chong Wei sebagai contoh.
"Selain itu, penganjuran acara sukan ini juga dilihat menjadi platform penting dalam mencari serta mengasah bakat-bakat baru," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program tersebut sebentar tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment