Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini menafikan syarikat Good Star Ltd - yang dikaitkan dalam skandal 1MDB - adalah milik Low Taek Jho.
Dalam kenyataan medianya petang ini Hasan berkata tindakan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengaitkan hartawan yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah tidak tepat.
"Ini kerana Bank Negara Malaysia sendiri menyatakan maklumat yang diberikan (kepada PAC) adalah bertaraf risikan.
"PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar," katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim membuat laporan polis terhadap WSJ ekoran pendedahan dokumen diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dokumen itu didakwa surat daripada Bank Negara kepada Hasan untuk memaklumkan kaitan antara Jho Low dan syarikat Good Star Ltd.
Kenyataan WSJ itu ditweet semula ketua editor WSJ Asia, Tom Wright pagi semalam.
Hari ini pula WSJ mempertahankan laporannya itu yang didakwa dibuat secara bertanggungjawab dan "demi kepentingan awam."
Jurucakap Dow Jones - syarikat yang menerbitkan WSJ - memberi respon terhadap laporan polis yang dibuat Muhammad semalam.
Hasan berkata disebabkan keadaan surat itu juga, maklumat diberi Bank Negara tidak boleh dimasukkan ke laporan PAC kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab agensi berkenaan, serta boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak.
"Selain itu, Bank Negara sendiri sudah menyatakan siasatan terhadap 1MDB sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.
"PAC juga telah membentangkan laporan (siasatan mereka) ke parlimen. Oleh itu perkara ini telah selesai dan tidak perlu dipolitikkan," katanya.
No comments:
Post a Comment