Recent Post

Sunday, May 29, 2016

Mingguan Malaysia kekal akhbar nombor 1 - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR 28 Mei - Mingguan Malaysia kekal mengatasi akhbar bahasa Melayu yang lain di negara ini apabila mencatatkan jumlah edaran paling tinggi iaitu sebanyak 336,233 naskhah sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu.

Perangkaan terkini yang diaudit oleh Biro Audit Pengedaran (ABC) itu menyaksikan Metro Ahad di tangga kedua dengan edaran sebanyak 207,119 naskhah, Kosmo! Ahad (205,520) dan BH Ahad (109,811).

Dalam pada itu, ABC merekodkan dalam tempoh enam bulan itu, Kosmo! mengatasi akhbar-akhbar harian bahasa Melayu yang lain dari segi jumlah edaran.

Kosmo! yang mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004 mencatatkan 187,967 naskhah sehari dalam tempoh enam bulan itu, diikuti Harian Metro (179,231), Utusan Malaysia (154,776) dan Berita Harian (106,754).

Sementara itu, bagi akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star mencatatkan jumlah eda­ran ter­tinggi sebanyak 248,413 naskhah diikuti Sunday Star (246,652 naskhah).

Menurut perangkaan itu, akhbar New Sunday Times menca­tatkan edaran sebanyak 64,850 naskhah, New Straits Times (62,113 naskhah), The Edge (23,087 naskhah) dan The Edge Financial Daily (4,051 naskhah).

Akhbar Sin Chew pula me­ngatasi akhbar bahasa Cina lain di negara ini dengan jumlah edaran sebanyak 352,686 naskhah bagi keluaran edisi pagi dan petang diikuti China Press (202,745 naskhah) dan Guang Ming (81,082 naskhah).

Secara keseluruhan, akhbar bahasa Melayu mencatatkan jumlah edaran 1,487,411 naskhah setiap keluaran berbanding sebanyak 649,166 naskhah bagi akhbar bahasa Inggeris dan 636,513 naskhah untuk akhbar bahasa Cina.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *