Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
PASIR MAS - Seorang suri rumah, Norazila Mat Hussain, 44, pada mulanya menyangka bunyi bising dari luar rumahnya adalah bunyi orang bergaduh namun terkejut apabila mendapati sebenarnya sekumpulan remaja sedang memukul seekor ular sepanjang empat meter.
"Awalnya saya sangka ada pergaduhan di hadapan rumah, tapi sebaik saja buka pintu, saya lihat sekumpulan remaja sedang memukul seekor tedung selar sepanjang empat meter."
Dalam kejadian yang berlaku di Kampugn Bukit, Bunut Susu pada 12.30 tengah malam itu, Norazila berkata dia sedang bersiap-siap untuk tidur.
"Mula-mula saya tak mahu keluar sebab seolah-olah ada pergaduhan sedang berlaku, tetapi seorang anak mahu saya keluar untuk lihat apa yang terjadi. "Bagaimanapun, sebaik sahaja keluar rumah, saya terkejut mendapati sekumpulan remaja sedang memukul seekor tedung selar," katanya.
Sinar Online melaporkan, mereka difahamkan ular itu cuba masuk ke dalam rumah Norazila namun gagal sebelum bergerak menyeberangi jalan dan ditemui oleh sekumpulan remaja tersebut.
Sementara itu, salah seorang penduduk, Hassan Deraman, 70, berkata sejak dia menetap hampir 50 tahun di situ, ini kali pertama di amelihat secara dekat spesis ular sepanjang empat meter itu.
"Pakcik sebelum ini hanya lihat ular tedung biasa yang ada di kampung ini," katanya. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment