Recent Post

Wednesday, May 11, 2016

'Kejayaan BN di S'wak hasil perkongsian k'jaan negeri dan pusat'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Perkongsian yang dijalankan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak serta kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merupakan dua faktor utama pencapaian cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri itu Sabtu lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkongsian itu memungkinkan banyak perkara yang tidak termimpi sebelum ini seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, yang sekali gus membantu menyakinkan rakyat Sarawak untuk mengundi BN.

"Lebuhraya Pan Borneo adalah projek Persekutuan yang kita laksanakan dan kesannya adalah cukup besar di Sarawak dan banyak lagi projek yang boleh saya sebutkan satu per satu.

"Jadi, orang Sarawak melihat kalau mereka nak pembangunan, agenda prasarana mereka diselesaikan, dan kalau mereka nak bawa Sarawak ke tahap lebih tinggi, mereka perlukan sebuah kerajaan negeri yang ada hubungan begitu serasi dan akrab dengan kerajaan pusat," kata Najib.

Perdana menteri berkata demikian dalam Temu Bual Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,090 kilometer dijangka beroperasi sepenuhnya awal 2023.

Najib yang juga pengerusi BN berkata walaupun Umno tidak wujud di Sarawak tetapi rakan-rakan BN seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah pun bertapak di negeri itu.

"Dan mereka adalah rakan kita dalam satu perkongsian Barisan Nasional, jadi kemenangan di Sarawak itu penting mungkin sebagai memberi kita nafas baharu ataupun momentum baharu ke arah pilihan raya (umum) ke-14 yang akan datang," kata beliau.

BN memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN11 Sarawak.

Mengulas lanjut, Najib berkata sebahagian besar rakyat Sarawak mahu melihat Sarawak merdeka dalam Malaysia dan tidak mahu keluar dari negara ini.

"Apa yang mereka mahu ialah supaya kita lihat, kalau sekiranya ada, kuasa-kuasa negeri yang mana kuasa itu mencerminkan persefahaman sama ada persefahaman yang tertulis ataupun tersirat waktu kita merdeka dahulu yang terambil kerajaan pusat. Maka kalau itu, maka wajarlah kita kembalikan kepada negeri Sarawak.

"Tapi kalau tak ada apa, kita tidak akan melakukan apa-apa perubahan. Kita ambil semangat itu, tidaklah sesuatu yang radikal. Sebab itu, saya dah bersetuju dengan Ketua Menteri (Adenan) bahawa kita mulakan proses ini dan 13 perkara di mana merupakan pemerkasaan yang telah kita berikan kepada Sarawak.

"Lepas ini, kita akan lihat dari segi perundangan mengenai apa yang telah terambil oleh kerajaan pusat, sekiranya ada, kita akan kaji semula," kata beliau.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *