Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
14/05/2016 10:57pm
KUALA LUMPUR - Tiga lelaki yang terlibat dalam penipuan 'Love Scam' ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Jalil di sini semalam.
Serbuan pukul 5 pagi itu berjaya menahan dua lelaki warga Nigeria serta seorang warga Cameron yang dikatakan aktif melakukan penipuan ini sejak tahun lalu.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi JSJK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, penangkapan dilakukan susulan daripada laporan polis dibuat seorang doktor wanita warga China berusia 45 tahun yang menjadi mangsa sindiket berkenaan hingga kerugian sebanyak RM300,000.
Katanya, hasil siasatan suspek utama yang juga ketua sindiket ini mengaku menipu doktor wanita tersebut.Bagaimanapun, wang yang ditipu itu sudah dihantar ke negaranya sebaik transaksi dibuat oleh mangsa.
"Mangsa yang merupakan doktor di Britain itu mengenali suspek melalui laman sosial Facebook sejak September 2015 sebelum terpedaya dengan ayat-ayat cinta sehingga sanggup menyerahkan wang tunai sebanyak itu.
"Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas mangsa datang ke Malaysia dua bulan lalu untuk berjumpa dengan suspek, namun suspek tidak muncul. Susulan itu dia membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurutnya lagi, polis masih memburu saki baki ahli sindiket yang dipercayai masih bebas.
"Kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 29 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu," ujarnya. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment