Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pernah mengalami episod duka percintaannya dengan Mia Ahmad satu ketika dahulu, tiba-tiba bertebaran khabar angin yang menyatakan Saharul Ridzwan bakal berkahwin pada 16 September ini. Fuh!!! Lelaki kacak dan bergaya seperti Saharul Ridzwan sudah pasti mudah memikat hati mana-mana gadis yang disukainya. Persoalannya, jika benar khabar angin ini, siapakah si gadis yang berjaya mencuri hati hero Malaya ini?
Berdasarkan apa yang ditulis oleh Miss K di Astro Gempak, wanita bertuah tersebut adalah daripada kalangan orang biasa sahaja, bukanlah seorang selebriti. Gadis tersebut sudah mengenali Saharul sebelum jejaka itu terlibat dalam bidang lakonan. Lebih menarik, majlis perkahwinan tersebut dikatakan akan berlangsung di Putrajaya dengan tema warna royal blue. Abang Nara dah dapat bayangkan dah kehenseman Saharul Ridzwan memakai baju pengantin jika berita ini adalah benar.
Betul atau tidak, kenalah nantikan kepastian daripada empunya badan. Sekiranya benar, tahniah Abang Nara ucapkan. Walaupun ribuan hati para gadis akan remuk, namun kalau dah sampai jodoh, takkanlah nak ditangguhkan ye? Sama-sama kita nantikan confirmation daripada Saharul. Sumber Astro Gempak.
P.S: Nak anjurkan majlis kahwin, parti hari jadi, family gathering atau sebagainya? Meriahkan lagi sebarang acara anda dengan photobooth daripada Whitebox KL. Confirm para tetamu akan lebih gembira dan anda juga akan dapat mengabadikan detik istimewa di hari tersebut. Paling penting semuanya unlimited printing dengan harga yang amat berpatutan. Cuba tengok hasil mereka di Instagram @WHITEBOX_KL atau terus hubungi 016-556-4408 untuk bertanya lebih lanjut.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment