Recent Post

Saturday, May 14, 2016

Tiada peruntukan Yang Di Pertuan Agong boleh peca... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 14 Mei 2016 By BERNAMA Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memecat perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada gembar-gembur mengenai satu juta tanda tangan  kempen "Selamatkan Malaysia" yang sepatutnya diperoleh bagi menyokong petisyen itu, Salleh berkata, amat sedikit Seri Paduka boleh lakukan mengenai petisyen itu.

"Sudah tentu, ia cuma untuk memberi gambaran bahawa perdana menteri telah kehilangan sokongan, anda sentiasa boleh mendapatkan satu juta tandatangan dan menghantar petisyen mengandungi tandatangan ini kepada Agong.

"Tetapi persoalannya kemudian ialah apa? Adakah kamu akan mendesak Agong memecat perdana menteri walaupun itu menyalahi undang-undang?" katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com, Jumaat.

Beliau berkata walaupun orang berkata bahawa kerajaan perlu menghormati dan mematuhi Perlembagaan, mereka yang menentang kerajaan juga harus melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata Perlembagaan secara khusus menyatakan bahawa Anggota Dewan yang mendapat kepercayaan majoriti anggota-anggota Dewan dipilih menjadi perdana menteri.

"Atas semangat yang sama, jika perdana menteri hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan, maka beliau perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"Ini bermakna bukan hanya perdana menteri tetapi parti yang dipimpin perdana menteri disingkirkan dan parti dari pihak lain mendapat kepercayaan untuk membentuk kerajaan baru," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk itu berlaku, anggota-anggota Parlimen dari parti yang memerintah perlu berpaling ke kem pembangkang.

"Selain itu, tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan Agong memecat perdana menteri.

"Parti pimpinan perdana menteri sendiri harus berbuat demikian (seperti dalam kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim) atau anggota Parlimen dari parti pimpinan perdana menteri sendiri perlu menyeberang ke kem pembangkang (seperti dalam kes Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin)," katanya. – 14/6/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *