Recent Post

Saturday, May 14, 2016

23 pelajar di Dungun dipercayai keracunan makanan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kira-kira 23 pelajar sebuah sekolah menengah di Dungun dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan yang disediakan di dewan makan sekolah itu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata kesemua pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Dungun semalam selepas mengadu sakit perut dan mengalami cirit birit.

Katanya 176 pelajar telah menikmati hidangan nasi ayam yang disediakan pihak dewan makan dan 23 daripada mereka mengalami simptom keracunan makanan.

"Sejurus menerima rungutan itu kesemua pelajar berkenaan telah di bawa ke hospital dan menerima rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar... semua mereka juga telah pulih.

Setakat ini tiada kes baru dan berulang yang menimpa para pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut Shafrudin berkata Jabatan Kesihatan telah datang ke sekolah berkenaan bagi melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan notis terhadap pihak dewan makan untuk ditutup bagi tujuan pembersihan.

Katanya, pihaknya kini memantau keadaan pelajar yang terlibat dan menunggu tindakan selanjutnya daripada Jabatan Kesihatan berhubung insiden itu.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *