Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
KUALA LUMPUR 7 Mei – Sempena kehangatan kejohanan bola sepak Euro 2016 yang bakal berlangsung Jun ini, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) melancarkan sebuah buku edisi khas Gegaran Juara France 2016.
Pengarang Kanannya, Zulkarnain Zakaria berkata, penerbitan buku tersebut sebagai meraikan dan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia yang meminati sukan berkenaan selain sebagai pembakar semangat bagi pemain bola sepak tanah air untuk meningkatkan prestasi dalam arena sukan yang paling di minati di dunia itu.
Katanya, melalui bahan bacaan tersebut, pelbagai informasi seperti profil pemain 24 buah pasukan yang layak, profil jurulatih, kemahiran pemain dan bintang harapan boleh diperoleh.
"Terbitan ini khas untuk peminat bola bagi sama-sama merasa kehangatan sukan itu yang akan berlangsung sebulan lagi. Edisi kali ini merupakan kali pertama Euro 2016 yang melibatkan 24 buah pasukan bertanding, berbeza dengan format 16 buah pasukan yang diguna pakai sejak 1996.
"Kali ini, lebih banyak gambar dan juga informasi yang lebih menarik, padat, terkini dan eksklusif. Buku ini dijual pada harga RM17," katanya ketika ditemui selepas pelancaran buku tersebut sempena Pesta Buku Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.
Pelancaran buku tersebut di sempurnakan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor.
Turut hadir Pengurus Kanan Operasi UKSB, Azlan Abdul Aziz.
Pada majlis perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan penampilan khas pelakon Ola Bola, Taufiq Hanafi yang memegang watak Abu selain diadakan pertandingan timbang bola.
Tambah Zulkarnain, pembaca buku yang bertuah boleh memenangi pakej percutian untuk dua orang ke Pulau Perhentian atau satu tiket penerbangan ke Krabi, Tahiland dan barangan sukan Figos sekiranya menyertai peraduan Teka Bola Euro Perancis 2016.
"Bukan itu sahaja, bagi yang ingin memiliki poster gergasi dan jadual perlawanan boleh di beli pada harga RM8 di kedai-kedai buku berhampiran," katanya.
No comments:
Post a Comment