Recent Post

Tuesday, June 28, 2016

1.6 juta kenderaan di Lebuh Raya PLUS sempena cuti Aidilfitri - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

1.6 juta kenderaan di Lebuh Raya PLUS sempena cuti Aidilfitri

27/06/2016 11:20pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.6 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setiap hari khusus pada waktu puncak sempena cuti sambutan Aidilfitri, bermula 1 hingga 10 Julai ini.

Justeru, pengguna disaran merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pengendali lebuh raya itu bagi mengelak kesesakan.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, TTA tersebut membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota.

Beliau berkata TTA itu dirangka bagi mengelak jumlah besar bilangan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepada kesesakan di laluan-laluan utama, plaza tol dan kawasan rehat.

Pengguna dinasihatkan mematuhi jadual TTA bagi mengelak punca kesesakan teruk seperti berlaku pada tahun-tahun lepas, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat trafik terkini, boleh menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, laman Twitter PLUSTrafik, atau memuat turun aplikasi 'PLUS Mobile'. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *