Recent Post

Thursday, June 30, 2016

3 lelaki ditahan kes buli jalan raya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Gara-gara berebut jalan, seorang pemandu lori berusia 29 tahun lebam di muka dan tangan akibat dipukul tiga lelaki dalam satu kes buli jalan raya di Persiaran Mokhtar Dahari, di Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata polis menerima maklumat kira-kira jam 7.18 pagi semalam mengenai seorang pemandu lori cedera akibat dipukul dengan sebatang besi oleh suspek yang menaiki sebuah van di persiaran itu.

Beliau berkata tiga suspek itu, bagaimanapun ditahan beberapa minit kemudian di sekitar Shah Alam.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang kini menerima rawatan di Hospital Besar Shah Alam dicederakan suspek kerana berebut jalan," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp.

Shafien berkata polis merampas sebatang besi dan serangkai kunci lori milik mangsa daripada suspek berusia antara 23 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai pemandu van sekitar Kuala Selangor.

Katanya ketiga-tiga mereka ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Pr osedur Jenayah.

Sementara itu, di Alor Setar, seorang wanita cedera parah selepas diragut ketika sedang menunggang motosikal di hadapan Bazar Ramadan Jalan Kuala Sungai, Alor Janggus semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nor Ruzanna Shamsudin, 25, sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Mergong dengan menunggang motosikal.

"Sampai di tempat kejadian, seorang lelaki yang menaiki motosikal telah meragut beg mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal. Akibat itu, mangsa gagal mengawal motosikal dan terjatuh manakala suspek melarikan diri.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala turut luka di bahagian muka, kaki dan tangan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan. 

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *