Recent Post

Friday, June 24, 2016

Bot karam, 22 penumpang selamat - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bot karam, 22 penumpang selamat

24/06/2016 10:29am

KOTA KINABALU - 22 penumpang termasuk 12 pelancong China berjaya diselamatkan selepas terapung hampir 16 jam akibat bot yang mereka naiki dimasuki air dan karam di perairan Kota Belud dekat sini awal pagi tadi.

Bot tersebut dilaporkan karam kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika dalam perjalanan dari Pulau Mantanani menuju jeti Kuala Abai.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd. Zubil Mat Som berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 14 lelaki dan lapan perempuan iaitu 12 pelancong China, empat pemandu pelancong, dua kru bot dan empat penumpang tempatan.

"Operasi mencari dan menyelamat mula diaktifkan pada pukul 7.15 malam tadi menggunakan pelbagai aset miliki Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia,Tentera Udara Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Udara," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, pasukan mencari berjaya mengesan kesemua mangsa yang sedang berpaut pada bot tersebut pada pukul 7 pagi tadi berhampiran Tanjung Dudar.

Katanya, kesemua mangsa kemudian dibawa ke jeti Rampayan sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *