Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
EURO 2016 Hungry yang kembali semula ke pentas benua buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun, menundukkan Austria 2-0 dalam aksi pembukaan Euro 2016, semalam.
Adam Szalai membuka jaringan pada minit ke-62 untuk Hungary, yang membuat penampilan di Euro untuk kali ketiga selepas 1964 dan 1972.
Manakala pemain Austria Aleksandar Dragovic dibuang padang pada minit ke-66 selepas menerima amaran kedua dalam pertemuan Kumpulan F di Stade de Bordeaux.
Dan Zoltan Stieber memastikan kemenangan dengan satu lambungan melepasi penjaga gol Austria, Robert Almer pada minit ke-87 bagi Hungary.
Austria kekal tanpa sebarang kemenangan dalam sejarah Euro, setelah mencapai keputusan seri menentang Poland dan kalah kepada Croatia dan Jerman sebagai tuan rumah bersama Euro 2008.
Sepak mula itu bermakna rekod baru Kejohanan Eropah apabila penjaga gol Hungary Gabor Kiraly menjadi pemain tertua dalam sejarah pertandingan pada usia 40 tahun, 74 hari.
Kiraly, menjadi pemain pertama berusia 40 tahun yang pernah bermain di Euro, mengatas pemain Jerman Lothar Matthaeus yang berusia 39 tahun, 91 hari apabila dia beraksi dalam permainan terakhirnya di Euro 2000.
Bintang Austria David Alaba mengejutkan Kiraly dengan rembatan pada 32 saat selepas permainan bermula, tetapi ia mengenai tiang kanan pintu gol.
Pemain veteran Hungary sekali menyelamatkan pintu golnya pada minit ke-35, daripada percubaan Zlatko Junuzovic.
Hungary hampir menjaringkan gol pada minit ke-43, namun rembatan kapten Balazs Dzsudzsak tersasar ke sebelah kiri tiang gol.
Pemain hadapan Bursaspor pula menguji penjaga gol Austria Almer pada minit ke-10 tetapi tiada berhasil.
The Hungary mendahului perlawanan melalui jaringan Szalai pada minit ke-62.
Usaha Austria untuk menyamakan kedudukan menjadi semakin sukar selepas minit ke-66 apabila ia kehilangan seorang pemain apabila Dragovic dibuang padang selepas diberi amaran kali kedua.
Walaupun dengan hanya 10 pemain, Austria mempunyai peluang terbaik pada minit ke-73 tetapi sepakan pemain gantian Marcel Sabitzer melepasi palang gol.
Hungary menambah jaringan pada pada minit ke-87 melalui satu serangan balas di mana Stieber melambungkan bola untuk menewaskan Almer.
- dpa
No comments:
Post a Comment