Recent Post

Saturday, June 25, 2016

JBPM wujudkan 'fire point' di bandar besar - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

JBPM wujudkan 'fire point' di bandar besar

24/06/2016 8:11pm

MELAKA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mewujudkan 'fire point' di bandar besar dan lokasi tumpuan orang ramai di setiap negeri termasuk di Sabah dan Sarawak sebagai usaha memendekkan masa respons apabila berlaku kebakaran.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, 'fire point' berkenaan akan menempatkan sepasukan anggota bomba serta jentera yang dilengkapi dengan peralatan menyelamat dan memadam kebakaran.

"Kita telah mengeluarkan arahan untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk mewujudkan 'fire point' ini terutama yang sentiasa sesak dengan kenderaan dan sekurang-kurangnya satu atau dua 'fire point' akan diwujudkan di bandar besar.

"Kita harapkan masa respons dapat kurangkan kepada lima minit dan paling lewat pun 10 minit. Ini kerana, lagi lewat anggota bomba tiba di lokasi kejadian, lagi besar kebakaran yang berlaku dan kerugian juga akan meningkat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'fire point' pertama yang diwujudkan di Perkarangan Menara Taming Sari, di Bandar Hilir di sini, hari ini. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *