Recent Post

Tuesday, June 07, 2016

Kemaluan Kanak-Kanak 3 Tahun Tersepit Pada Eskalator di Sebuah Pasaraya di Perak


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

BAGAN SERAI, 6 Jun: Seorang kanak-kanak tiga tahun terpaksa menahan derita apabila kemaluannya tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya di sini dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu, kemaluan kanak-kanak terbabit tersangkut ketika dia sedang menaiki eskalator itu bersama keluarga.

Punca kejadian bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 8.16 malam.

"Setiba di lokasi kejadian, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengumpil eskalator bagi menyelamatkan mangsa. "Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat kira-kira jam 8.50 malam.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/161561

— BOMBA (@bombaJBPM) June 6, 2016



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *