Recent Post

Wednesday, June 22, 2016

Kerajaan benar PATI balik secara sah elak tragedi ... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 22 Jun 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Tidak seperti kebiasaan... kerajaan Malaysia julung-julung kalinya memberi kelonggaran kepada pendatang tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal masing-masing bagi menyambut Aidilfitri, berkuatkuasa serta-merta.

Ini bagi membolehkan PATI terutamanya dari Indoensia pulang dengan laluan yang selamat bagi mengelak tragedi bot karam kerana lebih muatan seperti yang sering dilaporakan media.

Kali teraklhir adalah pada September 2015 dimana 14 mayat PATI ditemui kerapung oleh nelayan kerana bot karam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kelonggaran itu diberikan dengan syarat mereka mendapatkan dokumen sah atau dokumen perjalanan sementara daripada pejabat kedutaan masing-masing.

"Langkah ini dilakukan atas dasar peri kemanusiaan bagi mengelakkan mereka menggunakan tekong atau ejen balik di laluan tidak sah, yang berisiko dikenakan tindakan atau menggunakan bot yang tidak ikut spesifikasi sehingga membahayakan nyawa," katanya pada sidang media di Bagan Datok Selasa malam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, keputusan itu dibuat hasil persetujuan Kementerian Dalam Negeri dengan kedutaan dan pejabat pesuruhjaya tinggi negara PATI terbabit di negara ini khususnya Indonesia dan Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati semua PATI supaya tidak menggunakan tekong atau ejen tidak sah kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka.

"Tekong atau ejen tidak sah akan menghadapi tindakan penguatkuasaan atau mungkin bot atau kapal penumpang yang disewa tidak memenuhi spesifikasi seterusnya membahayakan nyawa penumpang.

"Kepada tekong, jangan ambil peluang PATI nak pulang ke kampung. Ingat, nyawa itu penting walaupun mereka bukan warganegara tapi kita atas dasar kemanusiaan berikan kemudahan kepada mereka," katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata persetujuan untuk memberi dokumen perjalanan sementara itu dibuat dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh serta kedutaan beberapa negara Islam lain yang berada di Malaysia.

"Saya dapat tahu pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Indonesia akan menyediakan kapal terbang khas untuk membawa pulang PATI di Malaysia ke negara itu," katanya.

Ditanya mengenai jumlah PATI Indonesia yang mungkin balik ke kampung halaman mereka tahun ini, Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat namun berdasarkan rekod tahun lalu terdapat 250,000 PATI dari negara jiran itu berbuat demikian.

Ahmad Zahid memberi jaminan tiada tindakan akan diambil ke atas PATI yang pulang ke negara asal untuk menyambut Syawal sekiranya mereka mempunyai dokumen serta menggunakan jalan dan pengangkutan yang sah.

"Tapi masuk kembali (ke Malaysia) perlu dengan cara yang sah, ada pasport dan kalau bekerja di Malaysia, perlu mempunyai permit kerja," katanya.-22/6/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *