Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Selepas bekas suami isteri barunya yang dikenali sebagai Rizal mengesahkan Zainol Macwilson sudah berkahwin di Kangar, Perlis pada hari Ahad lepas, bapa Zahirah Macwilson itu akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar.
Zainol akui beliau terpaksa menipu tentang perkahwinannya itu atas permintaan keluarga pihak perempuan yang enggan pernikahan mereka diketahui umum.
Saya tidak niat untuk menipu tentang perkahwinan yang berlangsung pada Ahad lalu, namun itu adalah permintaan pihak perempuan yang tidak mahu diketahui umum.
Kalau ikutkan saya lebih suka perkara yang baik itu tersebar, tapi dia minta saya rahsiakan sampai satu masa yang dia sudah bersedia. Namun malangnya gambar kami sudah tersebar lebih pantas.
Bercerita lanjut mengenai isteri barunya itu, Zainol memberitahu isterinya merupakan seorang janda beranak dua dan bekerja sebagai seorang guru. Majlis pernikahan mereka diadakan secara sederhana sahaja dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja.
Pada masa yang sama, Zainol menafikan wanita berkenaan sebagai punca rumah tangga beliau dengan bekas isteri musnah. Mereka bercerai kerana tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.
Dia bukan punca perpisahan saya dengan ibu Zahirah, hubungan saya dengan bekas isteri memang sudah lama bermasalah dan tidak sefahaman dalam banyak perkara termasuk membenarkan Zahirah menjadi artis. Dalam masa yang sama dia (isteri ketika ini) juga mempunyai masalah dengan suaminya dan telah terinaiya selama 13 tahun mereka berkahwin.
Zainol juga memohon maaf jika penafian beliau sebelum ini tentang perkahwinannya telah mencetuskan spekulasi dan mengelirukan ramai pihak.
Saya harap orang doakan yang baik-baik buat kehidupan baru saya ini, janganlah kecam atau hukum saya tanpa mengetahui berita yang sebenar.
Lebih mudah untuk berterus-terang daripada awal agar tiada sebarang kontroversi tercetus. Lagipun kedua-dua sudah bercerai dan tidak wujud isu rampas merampas.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment