Recent Post

Monday, June 20, 2016

PAS, AMANAH ibarat rebut pingat perak, kata menteri


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyertaan PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan empat penjuru di Kuala Kangsar semalam membawa bencana besar kepada pembangkang apabila gagal membuktikan keupayaan masing-masing.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa kegagalan pembangkang itu juga menunjukkan ketidakupayaan kedua-dua parti untuk mentadbir negeri dan negara.

"Kita dapat lihat kehilangan keyakinan rakyat terhadap pembangkang yang mana kita lihat perpecahan pembangkang dengan pertandingan tiga penjuru yang meletakkan dua parti yang mewakili pembangkang dan ini adalah merupakan satu bencana besar buat pembangkang," katanya.

Kalau parti itu dalam keadaan porak peranda dan tidak berupaya menguruskan perbezaan sesama mereka sudah tentu kemampuan mereka untuk menguruskan sebuah negeri dan sesebuah negara diragui katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Sempurnakan Ramadan dan Raikan Aidilfitri Parlimen Kemaman di Pasaraya Giant di Kemaman, semalam.

Shabery berkata kredibiliti AMANAH dilihat masih lagi diragui pengundi dan tidak mempunyai sasaran penyokong yang tetap kerana bergantung kepada jentera dan pengundi DAP.

"AMANAH dilihat diragui sokongannya dan kebergantungannya hanya pada undi dan jentera DAP, ini jelas dilihat walaupun mendapat undi yang banyak...sekarang ini kita lihat PAS dan AMANAH ibarat tidak merebut pingat emas tetapi mereka merebut pingat perak dan gangsa.

"Sekiranya kalau salah satu parti yang bertanding adalah DAP, nyata semua orang dapat menggambarkan bahawa AMANAH bukan sahaja tidak mendapat mendapat pingat gangsa tetapi akan mendapat tempat lebih tercorot lagi...ertinya PAS ada kekuatannya, AMANAH adalah parti yang dilihat sangat terlalu bergantung kepada DAP dan AMANAH masih tiada identiti," dakwanya.

"Umno misalnya sasarannya adalah kepada pengundi Melayu, MCA pula bergantung pada pengundi Cina, PAS juga pengundi Melayu tetapi AMANAH kita tak tahu apa identitinya sebab mereka tak boleh cakap saya kuat berdasarkan pengundi Cina kerana pengundi Cina itu adalah daripada DAP," kata beliau.

Ahmad Shabery berkata kemenangan besar yang diperoleh BN di Kawasan Parlimen Sungai Besar dengan majoriti undi 9,191 dan 6,969 di Kawasan Parlimen Kuala Kangsar membuktikan keyakinan rakyat terhadap BN.

"Kemenangan tersebut membuktikan keyakinan kembali rakyat terhadap BN yang mana dahulunya pada PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) dikatakan keyakinan rakyat terhadap BN merosot...tetapi hari ini kita lihat rakyat kembali kepada BN sebagai parti yang kekal memerintah.

Kemenangan BN ini juga menunjukkan 'defisit keyakinan' rakyat terhadap pembangkang yang mana keyakinan rakyat terhadap pembangkang semakin merosot seperti di Selangor," katanya.

-Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *