Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
14/06/2016 9:36am
SANDAKAN - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kerjasama erat dan berterusan antara polis dan masyarakat setempat mampu mencegah dan mengurangkan kadar jenayah semasa.
Titah baginda, masyarakat setempat harus sentiasa bersedia menyahut seruan polis dalam program dan aktiviti pencegahan jenayah demi kepentingan bersama.
"Masyarakat yang prihatin dan aktif seharusnya sentiasa mencari ruang dengan menganjurkan aktiviti serta menanam kesedaran pentingnya membasmi jenayah dan masalah sosial di sekitar mereka.
"Malah, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu sentiasa erat dengan polis dengan pelaksanaan program dan rondaan berkala di perumahan masing-masing secara efektif," titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sini semalam.
Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment