Recent Post

Thursday, June 09, 2016

Polis tunggu laporan pakar kes kematian menantu TPM - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Polis tunggu laporan pakar kes kematian menantu TPM

09/06/2016 12:28pm

Syed Alman Zain

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia masih menunggu laporan daripada pakar berhubung kes kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi susulan rawatan gigi di Bangsar pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu laporan daripada pakar

"Kita masih menunggu laporan daripada pakar kerana ada beberapa laporan yang mengambil masa untuk disiapkan sebelum merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37, dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan meninggal dunia. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *