Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Itulah yang dirasai oleh kalangan 32 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Atartuk,Istanbul yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 5.10 pagi Ahad.
Mereka adalah antara lebih 120 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Istanbul dan Ankara semasa kejadian itu.
Lapangan Terbang Atartuk di Itanbul adalah antara yang dibuka semula tidak lama selepas kerajaan Presiden Erdogan berjaya patahkan cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan tentera Turki.
Ia merupakan sebuah lapangan terbang yang sibuk dan menjadi salah satu pusat transit popular dikalangan penumpang pesawat dari Malaysia.
Mereka yang selamat pulang itu menceritakan pelbagai detik cemas dna menakutkan.
Antaranya mendengar bunyi tembakan dan letupan sekitar lapangan terbang itu serta orangramai kelam kabut berlari.-17/7/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment