Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Namun, Adi dan juga isteriya Aida Yusof sehingga kini masih berdiam diri dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.
Adi juga khabarnya membatalkan majlis Aidilfitri bersama peminatnya yang dijadualkan berlangsung pada hari ini di Casa Ombak, Ampang dek kerana kontroversi yang sedang melanda dirinya kini.
Masih lagi ingin mendapatkan cerita yang sebenar, pihak media berusaha untuk menghubungi wanita yang didakwa sebagai isteri kedua Adi.
Walaubagaimanapun, usaha mereka untuk merungkai segala persoalan gagal kerana wanita itu juga enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.
Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini.
Pada kami Adi Putra tidak perlu lari daripada isu ini kerana tiada sebarang perkara yang akan selesai. Kalau benar sudah bernikah, apa salah untuk berterus-terang.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment