Recent Post

Sunday, July 17, 2016

Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan bagi tampung jumlah pesakit yang semakin bertambah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat hanya 300 doktor pakar kecemasan di seluruh negara dan jumlah itu jauh lebih kecil berbanding jumlah pesakit yang perlu dirawat di hospital.

"Kita sasarkan untuk melahirkan 900 doktor pakar kecemasan tetapi jumlah itu sukar dicapai dalam masa terdekat kerana setiap tahun hanya 60 doktor sahaja yang berjaya dipilih berikutan jumlah kuota yang sedikit," katanya kepadapemberita selepas merasmikan program Heart Wars First Malaysia Mass Costume CPR di Aman Central, semalam.

Masalah itu kata Hilmi, disebabkan setakat ini hanya tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan kursus dalam bidang tersebut.

"Jika diikutkan, setiap tahun lebih 200 pemohon akan menghantar pemohonan untuk belajar menjadi doktor pakar tetapi daripada jumlah itu, hanya 60 doktor yang akan dipilih," katanya.

"Saya berharap lebih banyak universiti negara dapat mewujudkan kursus yang bertepatan bagi membolehkan kita mencapai sasaran melahirkan 900doktor pakar kecemasan dalam masa yang lebih cepat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menyokong sekiranya Kementerian Pendidikan ingin mewajibkan pelajar untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit atau wabak yang berbahaya.

"Sehingga kini tiada undang-undang yang mewajibkan ibu bapa untuk memberikansuntikan imunisasi kepada anak-anak, namun sekiranya pihak Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk mewajibkan suntikan vaksin tersebut, kita sentiasa menyokong usaha mereka," katanya.

Terdahulu, Hilmi ketika merasmikan program tersebut berharap lebih ramai masyarakat dapat mempelajari cara untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) bagi membantu pesaki t yang dalam kesusahan.

"Kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain sekiranya kita mempunyai ilmu berkaitan memberi bantuan CPR yang betul dan usaha menyampaikan ilmu CPR perlu diteruskan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar seawal sekolah rendah lagi," katanya.

Pada program hari ini, seramai 500 peserta telah menyertai cara memberi bantuan CPR dengan memakai kostum watak adiwira seperti Batman, Superman, dan Star Wars.

Program yang buat julung kali diadakan di Malaysia itu berjaya dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Records.

Penyakit Hydroceplus

Sementara itu, lebih 1,000 kanak-kanak dan bayi di negara ini dikesan menghidap penyakit Hydroceplus (lebihan air dalam kepala) bagi tempoh lima tahun lalu, kata Timbalan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Azmi Alias.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 80 peratus berjaya dirawat dengan menjalani pembedahan memasukkan Ventriculo-Peritonel atau VP-Shunt iaitu sejenis tiup yang diletakkan di serambi otak untuk mengalirkan Celebrospinal fluid (CSF)iaitu cecair putih yang mengelilingi otak ke abdomen.

"Kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan biasanya boleh sembuh dan dalam tempoh lima hingga enam tahun mereka tidak perlu lagi menjalani rawatan rutin tetapi kesihatan mereka sentiasa dipantau," katanya kepada pemberitaselepas majlis amal Aidilfitri Persatuan Pesakit Hydrocephalus (PPH), di Selayang Capitol Complex semalam.

Katanya, penyakit ini disebabkan antaranya oleh jangkitan kuman semasa mengandung, kurang pengambila n vitamin dan jangkitan meningitis selepas bayi dilahirkan.

Dr Azmi berkata, Hydrocephalus boleh didefinisikan sebagai air di dalam kepala dan kebanyakan pesakit mempunyai saiz kepala yang besar serta boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Sementara itu, Pengerusi PPH Azah Hana, yang juga mempunyai anak menghidap penyakit itu berkata, persatuan yang ditubuhkan tahun lalu bertujuan membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan membiayai kos rawatan anak mereka.

Katanya, kos bagi setiap rawatan boleh mencecah lebih RM3,000 dan menyebabkan ibu bapa yang kurang berkemampuan tidak dapat menghantar anak mereka mendapatkan rawatan sewajarnya.

Beliau berkata, pada peringkat awal penubuhan persatuan itu hanya mempunyai kira-kira 50 ahli yang berdaftar dan kini telah bertambah lebih daripada 100 ahli dari seluruh negara.

"Sebagai persatuan yang baharu ditubuhkan, adalah menjadi harapan kami supaya orang ramai dapat menyalurkan sumbangan melalui akaun PPH iai tu Ambank 8881009257572," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *