Recent Post

Saturday, July 16, 2016

Polis nafi temuduga terbuka jawatan konstabel


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin terdapat temuduga terbuka dan ujian fizikal bagi jawatan konstabel di seluruh negara seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsAppbaru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata dakwaan temuduga yang akan diadakan mulai 5 hingga 30 November ini adalah tidak benar dan unit pengambilan Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti yang tersebar itu.

"Pengumuman rasmi mengenai pengambilan sebarang jawatan polis hanya dibuat melalui portal rasmi www.rmp.gov.my dan Facebook rasmiwww.facebook.com/PolisDirajaMalaysia," katanya.

Katanya, calon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan akan dipanggil untuk proses pemilihan sekiranya eksesais pengambilan unit PDRM dijalankan.

Sehubungan itu, warga Malaysia yang berminat boleh memohon melalui pendaftaran secara dalam talian di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my.-Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *