Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
12/07/2016 12:03pm
Hitam
KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (SME) secara rasmi mengesahkan penjualan Samsung Galaxy A9 Pro (2016) bermula hari ini di semua pengedar sah syarikat itu di negara ini.
Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT SME, Lee Jui Siang berkata, edisi terbaharu dalam famili Samsung Galaxy siri A itu menawarkan satu pengalaman berbeza bersesuaian dengan keperluan orang muda sekarang ini.
"Edisi terbaharu ini didatangkan dengan skrin bersaiz besar, kapasiti bateri tahan lebih lama, ruang storan menakjubkan dan kamera yang dipertingkatkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, telefon pintar itu turut menawarkan kad mikroSD secara percuma dengan setiap pembelian yang mampu menyediakan ruang tambahan simpanan gambar sebanyak 16,000 keping.
Bagi mereka yang berminat, Samsung Galaxy A9 Pro (2016) dijual dengan harga RM1,999 (termasuk GST) dengan pilihan warna hitam, putih dan emas.
Emas
Putih
Spesifikasi penuh Samsung Galaxy A9 Pro (2016)
Rekaan badan: Besi kaca
Paparan: 6 inci FHD (1920x1080) Super AMOLED
Ukuran: 161.7mmx 80.9mm x 7.9mm Bezel: 2.7 mm
Berat: 210 gram
Chipset: Quad Core 1.8 GHz Cortex A72 Quad Core 1.4 GHz Cortex A53
Video: MP4,M4V,3GP,3G2,WMV,ASF,AVI,FLV,MKV,WEBM
Audio: MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA
Memori: 4GB RAM 32GB slot mikroSD (sehingga 256GB)
Camera: 16 MP (utama) OIS (f/1.9) dengan LED Flash dan 8 MP kamera hadapan (f/1.9)
Bateri: 5,000 mAh dengan pengecaj pantas
Keselamatan: Pengimbas cap jari
SIM: Dwi
No comments:
Post a Comment